TERMA & SYARAT PENYERTAAN

Program Kembara Dakwah Sabah: Jejak Kasih Kundasang

1. Yuran Penyertaan

Setiap peserta dikenakan yuran sebanyak RM2,000 seorang.
Yuran meliputi tiket penerbangan, pengangkutan sepanjang program, penginapan, makan minum, dan takaful perjalanan.
Yuran tidak meliputi perbelanjaan peribadi (souvenir, ubat tambahan, dll).

2. Pembayaran

Bayaran penuh perlu dibuat selewat-lewatnya 20 September 2025.
Sebarang pembatalan selepas tarikh tersebut tidak akan dikembalikan.

3. Komitmen Peserta

Peserta adalah sukarelawan yang bersedia menyertai aktiviti dakwah, pendidikan, kesihatan, dan kebajikan sepanjang program.
Peserta wajib mematuhi jadual, arahan urusetia, dan adab kesukarelawanan.
Peserta perlu menjaga nama baik penganjur, menghormati budaya tempatan, dan berpakaian sopan mengikut syariat.

4. Kesihatan & Keselamatan

Peserta bertanggungjawab memastikan kesihatan diri berada pada tahap baik sebelum menyertai program.
Sebarang penyakit kronik perlu dimaklumkan kepada pihak penganjur lebih awal.
Pihak penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian, kehilangan harta benda, kecederaan, atau kematian yang berlaku akibat kecuaian peserta.

5. Hak Penganjur

Pihak penganjur berhak membuat perubahan terhadap jadual, lokasi, atau aktiviti program mengikut kesesuaian semasa.
Pihak penganjur berhak menggunakan gambar, video, dan testimoni sepanjang program untuk tujuan laporan, promosi, dan dokumentasi rasmi.

6. Disiplin & Etika

Peserta dilarang membawa atau menggunakan bahan terlarang (arak, dadah, dll).
Sebarang tindakan yang menjejaskan nama baik program boleh menyebabkan peserta digugurkan tanpa bayaran balik.

Scroll to Top